PELAN LOKASI SEKOLAH
SEJARAH SEKOLAH
Pada tahun 1951 sebuah jawatankuasa yang terdiri dari penggawa-penggawa dalam Daerah Bachok telah membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Pelajaran Negeri untuk menubuhkan sekolah ini. Jawatankuasa memikirkan perlunya sebuah sekolah Inggeris di daerah ini memandangkan bahasa Inggeris adalah bahasa Ilmu Pengetahuan dan juga bahasa pemerintah pada waktu itu. Setelah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Negeri pada tahun 1955 maka bermulalah sejarah sekolah ini dengan nama BachokNationalTypeEnglishPrimary School ( Bachok N.T.E.P.S). pada permulaanya murid-murid sekolah ini telah menumpang di Sekolah Menengah Bachok.
Pada permulaannya terdapat dua kelas dengan jumlah muridnya seramai 80 orang, manakala tenaga pengajar seramai 4 orang sahaja ,iaitu 3 orang guru Bahasa Inggeris dan seorang guru agama. Murid yang belajar di sekolah ini datang dari seluruh Daerah Bachok. Di peringkat awal ini, murid-murid terdiri daripada anak-anak pegawai kerajaan yang bertugas di Bachok dan anak-anak
ahli perniagaan sahaja. Pada akhir tahun 1955 nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK Bachok), pada tarikh tersebut juga Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan pembinaan bangunan baru di Kampung Kemudi, pada tahun 1957 sekolah tersebut telah siap sepenuhnya, ianya terdiri daripada sebuah bangunan setingkat dengan dua blok yang mengandungi 10 buah bilik darjah, satu pejabat, dan satu setor barang-barang.
Tahun 1958 SRJK Bachok telah berpindah ke bangunannya sendiri di Kampung Kemudi, iaitu tapak Sekolah Menengah Bachok sekarang. Selepas merdeka, semua sekolah telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Maka Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Bachok telah diubah pula kepada nama Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok.
Pertambahan murid yang begitu pesat telah mendorong pihak kerajaan membina bangunan baru pada tahun 1968, iaitu di tapak sekarang ini, dengan 2 blok bangunan dan satu kantin. Kini Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok mempunyai 2 blok bangunan kekal 2 tingkat dan 4 blok bangunan separuh kekal.
Akta Pendidikan 1955 yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah mengubah nama Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok pada Sekolah Seri Kemudi Bachok pada 4 Januari 1999 sehingga kini.
Pada masa kini Sekolah Kebangsaan Seri Kemudi terdiri daripada 27 kelas dengan jumlah murid seramai 956 orang, manakala tenaga pendidiknya pula berjumlah 71 orang termasuk guru-guru J-Qaf.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
LENCANA SEKOLAH
REKABENTUK : 1994
OLEH: Gabungan idea lama dan baru GB dan guru-guru
PENGERTIAN: Wajah baru dengan identity baru yang lebih memberansangkan.
SRKB&LAMBANG: Ringkasan dari Sekolah Rendah Kebangsaan Bachok.
SAINS TEKNOLOGI: Berbentuk arah tuju yang memberikan erti ianya sentiasa maju kehadapan dengan missi sains teknologi yang canggih.
BUKU TERBUKA: Merupakan sebuah gedung ilmu yang menjadi tumpuan setiap insan.
PENGEMUDI BAHTERA: Sebagai kemudi yang menentukan arah yang tepat menuju wawasan yang unggul.
TIGA GAMBARAN MANUSIA: Gandingan guru, murid dan ibubapa bekerjasama, berdampingan berusaha untuk mencapai kejayaan.
WARNA KUNING: Kedaulatan yang perlu dipertahankan dan perlindungan kepada negaradan agama.
WARNA BIRU: Bahagia, bersatupadu dan sentiasa maju dengan matlamat kejayaan.
HOKI&BADMINTIN: Kurikulum sekolan sentiasa beriringan dengan ko kurikulum bagi membina murid-muris yang cerdas dan sihat.
1955: Sejaran pembukaaan NTPSD(SRKB) yang mula memberi pendidikannya pada tahun 1955
MOTTO: Ilmu yang boleh diperolehi hikmah lagi sempurna. ilmu yang diperoleh di amalkan dengan baik
ILMU AMAL HIKMAH: Menjadi manusia mulia lagi mempunyai hikmah kepandaian dan kebijaksanaaan

LAGU SEKOLAH
Bergerak maju,
Wahai putra dan putri
Dengan harapan yang wajar,
Kau pewaris ilmu yang ada,
Nadi harapan bangsa.
Membimbing membina,
Insan berakhlak mulia,
Teras harapan sekolah,
Teras berusaha hingga berjaya,
Dulu kini dan selamanya.
Korus;
SKS Kemudi kau tetap teguh,
Membina insan berakhlak mulia,
Berpegang pada prinsip yang kukuh,
Berilmu, beramal berhikmah.
Mari semua kita berikrar,
Agar terus berjaya,
Bersama kita memohon doa,
Berbakti buat selamanya.
Wahai putra dan putri
Dengan harapan yang wajar,
Kau pewaris ilmu yang ada,
Nadi harapan bangsa.
Membimbing membina,
Insan berakhlak mulia,
Teras harapan sekolah,
Teras berusaha hingga berjaya,
Dulu kini dan selamanya.
Korus;
SKS Kemudi kau tetap teguh,
Membina insan berakhlak mulia,
Berpegang pada prinsip yang kukuh,
Berilmu, beramal berhikmah.
Mari semua kita berikrar,
Agar terus berjaya,
Bersama kita memohon doa,
Berbakti buat selamanya.